Menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.
Isteri kepada Syed Alman, Nurulhidayah menerusi post terbaru di akaun Instagramnya menzahirkan rasa sedih dengan kehilangan suami tercinta.
“Bye sayang……”
Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Ayah yang baik. Suami yang bertanggungjawab. Saya kehilangan seseorang untuk berbicara. Bye sayang.
Memetik laporan Bharian, dalam kejadian kira-kira 7 malam semalam Syed Alman tidak sedarkan diri ketika membuat rawatan gusi di sebuah klinik pergigian di Bangsar sebelum dikejarkan ke PPUM dan disahkan meninggal dunia.
Difahamkan, Ahmad Zahid dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lawatan kerja di Jepun dan dijangka tiba pada awal pagi ini.
Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk allahyarham, moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga TPM kita.
Sumber : Bharian, Nurulhidayah Ahmad Zahid