Mulut orang memang susah untuk kita tutup. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Tapi lebih menyakitkan bila yang ‘cakap-cakap belakang’ itu merupakan ahli keluarga sendiri.
Salahkah berkahwin dengan lelaki tak kaya? Adakah kebahagiaan sesebuah perkahwinan diukur berdasarkan kemewahan dan kekayaan yang dimiliki?
Suami orang biasa, kerja kilang
Saya serba salah untuk meluahkan di sini,tetapi akibat terlebih pendam.Emosi saya menjadi tidak stabil dan hampir menjadi orang kurang waras. Saya berharap kisah saya menjadi pengajaran buat semua dan juga mendapat nasihat daripada semua.
Saya anak sulung daripada tiga adik beradik. Di jadikan cerita saya belajar dalam bidang lelaki,saya seorang perempuan. Dugaan faham ajelah,jadi saya ambil keputusan untuk berkahwin.Jumpa pula suami hanya orang biasa,kerja kilang. Jadi bincang dengan ayah,ayah kate ok. Tanya mak,dia kate kalau nak kahwin lelaki kena bagi RM 8k itu bukan duit hantaran tapi nilai dia jaga saya selama ni. Mau tak terkejut.
Majlis akad nikah tetap berjalan suami pun serah kan RM 3K cash kat ayah.Duit itu serah sepenuhnya pada ayah tanpa buat apa apa majlis. Bagi saya tak kisah,janji buat mana yang wajib. Mak mertua pula kalau boleh nak adakan majlis,lepas nikah. Saya dan suami pun tolong mana yang mampu,sampai hari majlis itu. Mak dengan ayah pun datang tapi mak,,,belum sempat apa2 lagi dia tarik tangan saya suruh salam semua adik-beradik dia yang sampai. Time itu mata dah berair nak menangis,suami pujuk “bersabar”. Kami atas pelamin tak lama pun,dia dah panggil ajak makan,,kesian kat sedara mara suami tak dapat bergambar dengan kami.
Lepas makan,dia sibuk nak ambil bunga telur. Mak andam pun tak tahan. Majlis pun selesai,itu mak mertua yang sponsor,,malu rase. Mak call dia cakap “mak tak suka lah majlis along tu,makanan kampung”. Rase macam batu hempap atas kepala,cik suami kat sebelah terdengar mengucap panjang.Sampai sekarang dia ungkit benda ni.
Tiba turn saya,saya tanya dia. Belah perempuan tak nak buat majlis ke?,iya kalau dalam 6K tu adalah.Dia balas,”nak buat majlis biar ada 10K kalau tak ada jangan buat”. Jadi memang belah perempuan tak buat langsung.
Mak sanggup berhabis untuk ‘menantu kaya’
Suatu hari dengar berita adik perempuan nak bertunang,kate anak orang kaya. Korang tahu tak mak saya sanggup berhabis duit buat majlis pertunang mengalahkan majlis kahwin. Sebab”dapat menantu kaya”.
Sekarang diorang dah pun putus tunang,dah mereka buat cerita saya putuskan tunang diorang sebab jeles. Siap ayah call tanya saya hantar ilmu hitam ke?. Time itu saya tengah mengandung,memang teruk betul pemikiran. Belum campur nombor telefon tak kenal masuk maki hamun saya. Kata macam macam perempuan jalang lah perempuan murahanlah. Nak sibuk mengata maki hamun orang tu,tahu ke cerita sebetulnya. Disebabkan itu juga saya hampir kehilangan anak saya kerana tertekan. Suami saya ambil keputusan untuk pegang telefon saya risau benda buruk jadi pada saya.
Masa bersalin,mak langsung tak jaga saya,katenye nak mengasuh budak. Cari duit. Alhamdulilah dapat mak mertua yang baik,sepanjang tempoh berpantang dia jaga.Keluarga suami saya kaya dengan kasih sayang.
Balik kampung raya suami saya mesti akan dipinggirkan sebab apa? dia bukan orang kaya,kerja best. Kena perli dengan sedara mara saya. Mak cik cakap kuat”Lin kalau nak kahwin biarlah kahwin dengan orang kaya tua pun tak pe janji berduit”sepupu saya yang itu pun tergelak-gelak. Nie dapat tahu sepupu saya nie pun bakal berkahwin dengan orang kaya,lepas kahwin tak payah kerja katenye. Suami tak bagi kerja.
Cuma mahu kasih sayang
Baru je lepas balik raya hari itu,ingat semua dah insaf. Tak jugak,tambah perisa cerita baru pula. Kata dengan gaji saya tak cukup bayar duit kereta dengan beli susu baby,ayah saya yang tanggung semua. Mentang-mentang cik suami berhenti kerja buat biz on9 semata-mata berkorban jaga baby. Mok cik semua ingat dia tak kerja langsung,try cakap depan. Boleh gayang mulut masing-masing dengan cili. Mak dengan ayah saya dah berbulan-bulan tak tanya khabar cucu depa. Time bila datang jenguk belikan susu?,yang pasal bayarkan duit kereta,no akaun pinjaman kereta pun ayah saya tak tahu. Saya sendiri call tanya khabar mak dengan ayah pun diorang matikan telefon. Sebab depa ingat saya nak mintak duit,iyalah kan orang susah. Seorang anak pun rindu pada mak dengan ayah walaupun orang tua berperangai macam tu.
Pada mak dengan abah,sekarang mak dengan abah diuji dengan kemewahan dunia. Sampai tak nampak anak dan cucu di sini. Along tak mengharapkan pun harta mak dengan abah walaupun keluarga yang along bina sekarang serba sederhana. Along cuma nak kasih sayang dari seorang ibu dan ayah. Cucu mak dengan abah pun cume nak kan kasih sayang daripada nenek dan atuk dia. Iya,suami along bukan orang kaya. Sekurangnya dia jaga along dan cucu mak dengan abah dengan baik.
Mungkin salah along pilih lelaki serba kesederhana,sampai mak dengan abah buang along. Along berharap suatu hari nanti mak dengan abah dapat terima kami dengan hati yang ikhlas.
Sumber : IIUM Confessions