Hari ini, ramai yang mengejar dan mengharapkan kesempurnaan tanpa melihat kekurangan yang ada pada diri sendiri. Kata orang semua nak yang perfect je!
Memang wujud kisah-kisah macam ini. Ditinggalkan kerana kekurangan diri. Adil ke? Baca luahan ‘sentap’ ini.
Cukup yang mahu terima baik buruk
Nak cari pasangan tak perlu pun yang berkopiah, berjubah, serbanis, niqabis. Cukuplah dua dua mahu belajar agama dan sama sama mencari keredhaan Allah Taala. Yang mahu terima baik buruk diri kita sebelum dan selepas. Kalau taktahu, ajar. Bukan tinggalkan dan mencari yang lebih baik.
Sama sama ada kurang jadi sama sama belajar. Taktahu, tanya. Tak faham, pergi kelas agama sama sama. Dia buat silap, perbetulkan silap dia. Adakah penyelesaiannya mencari orang lain ? Funny.
Sama sama belajar
Like @mizznina1780 macam mana noah dulu boleh terima dia yang dulu dan sekarang . Sama sama belajar agama. Sampai dah haji dan hajjah. Bertenang jika takdapat apa yang inginkan. Allah itu Maha Adil.
Like zahiril dan syera. Shamsul yusof dan puteri sarah. Wawa Zainal dan aeril zafrel. Dah nampak dulu mereka yang bagaimana sekarang bagaimana ? Allah kata Allah nak bagi, Allah bagi.
Sumber : ceritahijrah_