berita

Tak Ada Haiwan Lain Ke? – Kongsi Video Snapchat Menyerupai Anjing, Neelofa Dikecam Netizen

August 3rd, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulanneelofasnapchat

Aplikasi Snapchat nampaknya semakin hari semakin diminati ramai terutamanya oleh kaum wanita. Macam-macam gaya boleh dibuat menggunakan filters yang disediakan. Eleh korang pun ada install juga kan?

Namun artis jelita Neelofa dikecam hebat oleh netizen gara-gara sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. Semuanya kerana filter anjing yang digunakan.

Apa kata netizen?

Video yang dimuat naik Neelofa in mengundang pelbagai pandangan berbeza netizen. Macam biasalah ada yang mengatakan tindakan ini keterlaluan dan tidak sepatutnya. Pada masa sama ramai menyifatkan tindakanya ini tidak berdosa dan hanya suka-suka.

Screen Shot 2016-08-02 at 11.43.03 PM

Screen Shot 2016-08-02 at 11.21.49 PM Screen Shot 2016-08-02 at 11.22.07 PM Screen Shot 2016-08-02 at 11.22.16 PM Screen Shot 2016-08-02 at 11.22.40 PM Screen Shot 2016-08-02 at 11.22.48 PM Screen Shot 2016-08-02 at 11.22.59 PM

Nora Danish juga pernah dikritik

ohbulannoradanish

Sebelum ini pelakon Nora Danish juga pernah dikecam kerana aksi sama. Beberapa bulan yang lalu seorang Ulama dari Arab Saudi, Naser Al-Omar mendakwa tindakan menggunakan beberapa filter di aplikasi ini sebagai merendahkan ciptaan tuhan bertujuan membuat orang ketawa.

Pendapat beliau bagaimanapun tidak dipersetujui ramai terutamanya para remaja di Arab Saudi. Ustaz Azhar ada ulas tak mengenai isu ini?

Sumber : Neelofa, ArabNews

SKIP THIS AD ×