berita

Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Paling Sayu Untuk Suami Yang ‘Pergi’ Buat Selamanya..Sebak!

August 3rd, 2016 | by Wan
Kini Trending

ohbulannurulzahid

Susah untuk menerima hakikat seseorang yang kita cintai dan sayangi pergi buat selama-lamanya dalam sekelip mata. Hanya tuhan saja yang tahu betapa peritnya melepaskan mereka pergi tanpa kerelaan kita.

Namun itu lah lumrah kehidupan yang kita semua akan tempuhi. Tiada yang kekal abadi. Wanita ini yang kehilangan suami meluahkan rasa rindu sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Memang sedih!

Bukan kerana harta

Screen Shot 2016-08-03 at 1.09.58 PM

Antara status ‘wedding anniversary’ sy buat arwah. Tidak dinafikan perkahwinan kami ada pasang dan surut. Sy bersyukur dipertemukan dgn arwah suami 10 tahun lalu dan menjadi isteri selama hampir 9 tahun. Latarbelakang keluarga arwah bukanlah dari golongan yg berada. Sy percaya, kekayaan bukan ukuran kebahagiaan.

Untuk bernikah, kami membuat pinjaman peribadi di Bank Islam pd ketika itu. Masuk anak ke-2 baru hutang nikah selesai. Permulaan perkahwinan kami sangat sederhana. Arwah seorang yg kuat bekerja. Semasa tempoh berkenalan, sy merahsiakan latar belakang keluarga sy. Alhamdulillah Abah bukanlah jenis ‘menjual anak’.

Berkasih sayanglah

Screen Shot 2016-08-03 at 1.10.55 PM

Cukup sekadar kemampuan arwah ketika itu, hantaran yg diterima, RM8,888.00 dan Mas Kahwin RM380. Rumah pertama kami sewa adalah rumah teres 2 tingkat di Mutiara Damansara – RM1,500 sebulan. Tu pun berkongsi bayar. Bahagia sangat. Paling bahagia, bila kami berkahwin, anak terus jd 3 orang (arwah mempunyai 2 anak dari hasil perkahwinan terdahulu, sy mempunyai seorang anak)

Tu la orang kata, bila gaduh semua lupa. Bila mcm ni semua ingat. Buat yg masih bersuami atau beristeri, kalau boleh jangan ambil ringan benda yg kecil. Jangan ambil kesempatan atas kebaikan pasangan kita. Berkasih sayanglah selagi dia halal utk kita.

Hanya ajal pisahkan

Ada yg bgtau ‘barang yg lepas jgn dikenang’. Suami bukan ‘barang’. Ia anugerah Allah yg terbaik buat seorang wanita. Bukan semua lelaki jahat. Nakal tu biasa. Mak pernah pesan, baik buruk seorang suami adalah dari kasih sayang seorang isteri. Ntah. Lain orang lain pengalaman. Hampir 9 tahun perkahwinan dgn arwah, Allah memelihara perkahwinan kami walaupun ujian datang silih berganti.

Kerana janji arwah “Hanya ajal yg pisahkan I dari u, sayang.. Bukan org ke-3”.. Dia pegang janji itu hingga Allah menjemputnya pada tanggal 1 Jun 2016. Allahuakbar! …Selamat Malam Semua. Terima kasih kerana sudi membaca coretan rasa kerinduan ini.. Al Fatihah.

Luahan yang dikongsi oleh Nurulhidayah, anak kepada timbalan perdana menteri ini mengundang rasa simpati netizen. Moga terus cekal dan tabah. Sesungguhnya perancangan Allah s.w.t itu yang terbaik buat kita.

Sumber : Nurulhidayah

SKIP THIS AD ×