Baru-baru ini kecoh dengan isu pembantu rumah apabila sebilangan barangan jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri didakwa dicuri dan dilarikan. Kes seperti ini bukanlah perkara baru.
Bukan sahaja melibatkan kes kecurian malah ada juga dimana pembantu rumah yang khianat kepada majikan, tidak patuh malah melakukan perkara yang tidak sepatutnya kepada majikan. Kali ini giliran Fynn Jamal pula berkongsi rasa kesal tentang pembantu rumahnya. Apa yang berlaku? Jom baca!
Juna menangis menjerit
Menerusi satu perkongsian terbaru di akaun Instagram miliknya, Fynn Jamal ternyata kecewa apabila pembantu rumah yang dilayan bagai menatang minyak yang penuh itu tidak menjalankan tugas dengan baik seperti yang diharapkan.
Dakwa beliau, ini sudah kali ketiga pembantu rumah itu buat perkara yang tidak elok kepada anak kesayangannya Juna.
Ini balasannya…
some of the comments tadi tanya:
kenapa tak pasang cctv?
.
soalan yg dari awal lagi aku kena jawab. pada kawan2. terutamanya pada famili. bab yg aku bertegas atasnya, sampai semua jadi penat nak layan.
.
aku kata:
kesian dia.
.
kalau pasang cctv, penatlah dia nak bertudung sentiasa. mesti rimas nak mengemas. waktu kita tak ada lah dia dapat bersantai dalam bekerja.
.
kalau pasang cctv,
kesian pada dia.
.
itulah jawapan aku sentiasa. sebab aku pilih dia dari senarai biodata dulu– adalah sebab dia berhijab. lebih mahal sebab biasanya helper dari sana adalah kristian. ada yg muslim. cuma tak ramai. dan susah didapatkan.
.
satu lagi perkara yg ditanya di ruang komen:
tentang telefon dia.
.
aku tak pasti agensi lain. tapi agensi dia dah beritahu: polisi mereka adalah tidak boleh pegang telefon. kalau hendak call, tumpang telefon majikan. dan utk perkara penting sahaja. setiap pekerja perlu setuju baru agensi serahkan pada majikan.
.
kami–
di minggu pertama terus belikan dia.
.
sebab dia suka ambil gadget juna utk buka facebook dia. aku tak mau mereka berebut. dan aku faham macammana beku otak kalau tak berbual dgn kenalan dan keluarga. aku sendiri pernah merantau. aku faham macammana sasau.
.
dalam kontrak tak boleh balik selagi belum tamat. aku belikan dia tiket utk pulang beraya. aku kirimkan hadiah2 utk keluarga dia sana. aku pegang: kalau dia rezeki kami, dia balik semula.
.
alhamdulillah. mana2 perangai sini-sana, aku halalkan. sebab manusia bukan mesin. manusia ada jiwa. ada penat, ada tak larat, ada kurang cermat.
.
tapi entahlah. segala itu bagai menyiat2 hati aku hari ini sejak tadi.
.
padahal selama ini aku tau dia tidur di katil kami bila kami tak ada. aku ada cara utk melihatnya. dia tak pernah mau ikut ke mana2. dia konon2 pening, selalu mau muntah dalam kereta. rupanya bila sendirian– seronok dia berendam dalam bath tub. bahagia dia selfie keliling rumah utk dihantar ke kawan2.
.
aku nak cakap apa?
nak marah pun dapat apa?
jadi aku diamkan saja.
tegur baik2.
punya takut kalau dia tersinggung.
risau dia lepaskan pada anak kita.
.
rupanya kena juga.
.
allahu akbar.
xpe.
mesti ada hikmahnya.
.
alhamdulillah ‘ala kulli haal.
insyaAllah ???? uruskan.
Sumber : Fynn Jamal