Selagi hayat ibu dikandung badan, selagi itulah tugas anak-anak untuk menjaga mereka. Jika seorang ibu mampu membesarkan 10 orang anak mengapa tidak kita menjaga mereka di hari tua.
Baru-baru ini Chef Wan ada berkongsi beberapa video dia membawa ibunya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di ibu kota. Apa yang menarik perhatian netizen ialah gelagat Chef Wan yang gemar menyakat ibunya. Kami pun tersentuh hati bila tengok!