Ibu kepada salah seorang pelajar yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah pagi tadi memberitahu anaknya, Amiel Asyraf sempat memberikan sepucuk surat ketika bertemu semalam.
Antara kandungan surat tersebut yang menyentuh hati ialah anaknya itu mahu membantu kedua ibu bapanya masuk ke syurga.
Surat terakhir
Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.
Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.
Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus.
Sumber : Harian Metro