Kehilangan orang tersayang adalah sesuatu yang sangat menyedihkan bagi semua orang. Ia adalah sesuatu yang akan kekal bersemadi dalam kenangan individu yang merasai kehilangan itu. Apa yang menyedihkan lagi adalah apabila kita tidak sempat untuk menatap wajah arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Itulah yang berlaku kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5, Nonny atau nama sebenarnya, Nonny Nadirah Zainuddin. Baru-baru ini, pelakon yang mula dikenali melalui drama Lara Terindah itu telah kehilangan bapanya. Berkongsi berita itu di Instagram, kami sebak membaca luahan hati Nonny. Sangat menyedihkan!
Tidak sempat balik, hanya sempat video call
https://www.instagram.com/p/BcFYEJbDY5O/?taken-by=nonnynadirah
Ya Allah, sayunya. Admin tak boleh nak bayangkan perasaan Nonny sejujurnya. Tiba di rumah hanya untuk dimaklumkan bahawa ayahnya telah pergi buat selamanya. Bayangkan jika anda sendiri yang melalui situasi ini. Memang cukup perit!
Netizen yang membaca kongsiannya turut merasai perit dugaan yang dirasai, rata-rata tampil mengucapkan takziah dan menasihatinya untuk tabah dan kuatkan semangat menghadapi ketentuan Illahi.
Kami di OhBulan! mengucapkan takziah kepada Nonny sekeluarga. Hidup mati adalah jalan perancangan Allah S.W.T. Sebagai manusia, kita harus redha dengan ketentuannya.
Sumber: Instagram Nonny