Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzuan telah menulis surat terbuka dengan kata-kata manis buat isteri tercinta, Deena Emir di akaun Instagram (IG) peribadinya. Dalam kata-katanya, Saharul meluahkan rasa syukur akhirnya dipertemukan jodoh dengan isterinya setelah sekian lama mencari gerangan pemilik hatinya.
Terbaru, dilihat Deena pula menulis surat terbuka buat suami sempena ulang tahunnya ke-29 hari ini. Sweet sangat ucapan Deena! Macam lagi sweet dari Saharul punya je.
Temanlah saya sampai ke syurga
https://www.instagram.com/p/BeZiHzuDw9Q/?hl=en&taken-by=deenaemir
Dalam pada ramai yang memberikan ucapan selamat ulang tahun buat pelakon itu, sempat pula tuan punya badan menyelit nakal di ruangan komen. Malah, ada segelintir yang menyamakan taktik Saharul itu sama sahaja seperti wataknya, Tengku Zaril dalam drama ‘Hati Perempuan’. Meminta sungguh ni!
‘Ali kata nak adik’
Dah macam sinopsis ‘Hati Perempuan’
Semoga taktik Saharul ini berkesan, terbuka hati Deena nak bagi Ali adik. Hehe.
Sumber: Instagram Deena Amir