Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tarikh pembubaran parlimen iaitu pada 7 April 2018.
Terlebih dahulu, Najib Razak telah pun mengadap Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada pagi Jumaat bagi mendapat perkenan membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada proses PRU-14 dilakukan.
Bubar esok
https://www.facebook.com/najibrazak/videos/10155256888340952/
Mengikut amalan semasa, pilihan raya umum biasanya diadakan dalam tempoh 29 hari daripada pembubaran hingga hari mengundi. Ini bermakna pengundian bagi PRU-14 akan diadakan dalam minggu pertama Mei.
Sumber : Najib Razak