Selebriti popular Neelofa baru-baru ini berkongsi foto terkini dirinya yang berada di Milan, Itali bagi menghadiri satu pertunjukan fesyen terkemuka di sana. Namun busana yang digayakan Neelofa semasa acara tersebut menarik perhatian peminat tanah air.
Dakwa mereka, penampilan Neelofa ketika majlis itu kurang sesuai bagi seorang wanita bertudung. Apa yang dimaksudkan mereka ialah pemakaian skirt yang agak tinggi sehingga menampakkan kaki. Tajam betul mata netizen ini!
Macam tidak sesuai
Netizen turut mempersoalkan pemakaian tudung Neelofa yang dikatakan terlalu singkat untuk seorang wanita Muslim. Beberapa pesanan ditinggalkan oleh mereka dengan harapan Neelofa mengubah cara pemakaiannya itu di masa akan datang.
Selain Neelofa, pasangan romantis Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya antara selebriti Malaysia yang turut kelihatan di majlis berkenaan.
Cantik bergaya
https://www.instagram.com/p/BuPPseNh5LK/
Koleksi fesyen Neelofa
Reaksi netizen
Sumber: Neelofa