berita

Ini 7 Langkah Mudah Untuk Korang Manicure & Pedicure Di Rumah. Senang Je!

March 12th, 2019 | by Ai
Kini Trendy

i love nail polish

Sis confirm korang yang biasa pergi buat manicure dan pedicure, lepas je keluar daripada salon kuku tu mesti rasa bangga yang amat dengan kuku cantik berkilat tu.

Tapi nak elokkan kuku ni korang tak semestinya kena pergi salon tau. Kuku korang boleh cantik juga kalau korang ada barang yang betul dan mencukupi. Jom sis share caranya!

Tapi sebelum tu, korang kena ada :

  • Nail polish remover
  • Penggilap kuku
  • Pengetip kuku
  • Pewarna kuku
  • Minyak bayi
  • Gula
  • Buffing block
  • Cotton ball

1. Bersihkan kotoran pada kuku

pastikan guna towel yang bersih

Sebelum korang mulakan, make sure bersihkan kuku dengan nail polish remover supaya tak ada kotoran yang boleh mengganggu proses manicure & pedicure. Then, korang bentukkan dan kemaskan kuku dengan menggunakan pengetip kuku.

2. Rendam dan skrub sampai mulus

rendam dan scrub tangan

Rendam tangan korang selama 2-3 minit dan kaki selama 5 minit. Lepas itu, campurkan gula dan minyak bayi untuk dijadikan skrub tangan dan kaki. Korang gosok dengan lembut campuran tadi pada tangan dan kaki untuk menghilangkan sel-sel mati. Bilas dan keringkan okay!

3. Penjagaan cuticle. Apa tu?

Manicure - Jaga cuticles

Cuticle ialah kulit di bahagian tepi kuku korang tu. So, bila korang dah rendam dan skrub tadi ia melembutkan cuticle. Bila cuticle korang dah lembut, bentuk dan kemaskan.

4. Buff kuku korang sampai berkilat!

polish kuku untuk bentuk dan kilat

Mulakan menggosok dengan bahagian tengah dan kemudiannya bahagian tepi kuku. Buffing ni wajib untuk make sure kuku korang rata, berkilat dan pewarna kuku pun mudah kering dengan cepat.

5. Jangan skip base coating!

asas manicure & pedicure

Sapukan base coat untuk melicinkan permukaan kuku korang sebelum meletakkan pewarna kuku. Satu lapisanbase coat dah mencukupi. Selepas itu, baru lah korang letak pewarna kuku yang korang nak! Pewarna kuku ni bergantung kat korang nak sapu satu atau dua lapisan.

6. Make it SHINE!

make it shine

Selepas korang dah sapukan pewarna kuku, korang boleh sapukan topcoat untuk make sure kuku berkilat. Lepas tu, korang boleh kemaskan mana yang comot tu guna cotton ball dan nail polish remover. Kuku korang ni boleh tahan selama seminggu depends kepada penjagaan korang jugak.

7. Relax & jangan sentuh apa-apa

relax di sofa guys

Bila semua dah siap, haa korang kena relax dan tahan semua keinginan apa-apa yang korang nak buat. Time ni korang boleh lah baring kat sofa sambil ber-Netflix. Chill!

work for mani pedi

Sis Katy done share 7 D.I.Y tips macam mana korang nak dapatkan kuku cantik hanya di rumah. Harapnya sis dapat membantu korang untuk dapatkan kuku cantik macam di salon kuku. Tak ada kerja apa-apa bolehlah melawa kan.

Apa pun macam biasa jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.

SKIP THIS AD ×