Gara-gara kesan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, seramai 106 orang mangsa telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
Setakat ini, jumlah keseluruhan pesakit seramai 207 orang sejak Khamis lalu. Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memberi respon berhubung berhubung isu berkenaan.
Pihak luluskan kena bertanggungjawab
TMJ menerusi Twitternya menegaskan pihak yang terlibat meluluskan projek berkenaan tidak akan dibiarkan terlepas. Tambahnya lagi, ini bukan masa untuk menuding jari kerana mana-mana pihak yang meluluskan projek itu perlu bertanggungjawab dengan kerosakan angkara mereka.
Siapa yang luluskan?
TMJ turut mempersoal siapa yang memberi kebenaran dan kelulusan beroperasi tanpa pandangan sultan. Dakwanya lagi, Singapura telah menolak projek itu tetapi diluluskan negeri itu.
Sultan Johor luah murka
Sultan Johor Sultan Ibrahim meluahkan kemurkaan baginda dan kesal dengan insiden yang berlaku di negeri itu apatah lagi memberi kesan terhadap murid sekolah dan orang awam.
Sedih dengan rakyat merana
Sumber: TMJ, Facebook TMJ