Korang mesti pernah alami situasi bila korang travel ke sesuatu tempat, nak kena cari arah kiblat dan waktu solat. Malangnya, aplikasi yang korang guna itu tak auto update, nak kena set sendiri secara manual! Leceh kan?
Jangan pening-pening, dowload je aplikasi Waktu Solat Malaysia 2019. Serba lengkap dan serba baru, aplikasi ini mampu membantu anda dari segi waktu solat, mencari kiblat, memberi lokasi masjid berdekatan dan lain-lain.
Mudah untuk digunakan
Korang penat untuk cuba sesuatu aplikasi baru kerana ianya tidak mesra pengguna dan terlampau banyak iklan. Jangan risau, aplikasi Waktu Solat Malaysia ini sangat mudah untuk digunakan tidak kira peringkat umur. Budak-budak sekolah pun boleh pakai.
Dah lah mudah digunakan, banyak info pulak tu dalam aplikasi ini termasuk waktu solat, arah kiblat dan masjid berdekatan dengan korang. Jadi lepas ni, takda lah korang tercari-cari masjid di sekitar kawasan korang.
Sumber dari E-Solat Jakim
Korang risau waktu solat yang dipaparkan tidak tepat? Dengan aplikasi Waktu Solat Malaysia, segala info yang dipaparkan berkenaan waktu solat, arah kiblat dan lokasi masjid yang dipaparkan sumber daripada E-Solat Jakim. Jadi tak perlu ragu-ragu lagi.
Bukan sekadar waktu solat fardhu
Ada kalanya korang keliru bila tibanya waktu solat sunat Dhuha dan bila menjelang bulan ramadan korang tertanya-tanya bilakah waktu Imsak. Namun dengan penggunaan aplikasi ini, bukan hanya memberi info berkenaan solat fardhu lima waktu, tetapi juga mengandungi info waktu solat sunat Dhuha dan waktu Imsak.
Memberitahu waktu solat seterusnya
Selain itu, antara ciri-ciri menarik yang ada pada aplikasi ini ialah mampu memberitahu korang waktu solat berikutnya. Bukan itu saja, aplikasi ini turut dilengkapi dengan alarm solat. Justeru itu, korang mampu untuk merancang aktiviti seharian korang dengan teratur kerana korang sudah tahu akan waktu solat berikutnya.
Mudah untuk mencari kiblat
Penggunaan aplikasi ini turut memberi manfaat kepada korang yang selalu berada di luar kawasan, bukan sahaja untuk mengetahui waktu solat tetapi aplikasi ini turut memaparkan arah kiblat. Hanya perlu pusingkan telefon korang sehingga telefon korang bergetar bagi menandakan korang telah menghala ke arah kiblat yang betul. Mudah kan!
Waktu solat Indonesia, Singapura dan Brunei
Bagi korang yang selalu travel ke negara jiran seperti Brunei, Indonesia dan Singapura, aplikasi ini juga masih boleh digunakan di sana dengan teknologi auto-detect location di mana ia mampu mengetahu lokasi sebenar korang.
Jadi, korang tak perlu lagi susah-susah untuk cari waktu solat di negara orang.
Mengandungi kalendar Hijrah
Tidak cukup dengan itu, dengan menggunakan aplikasi ini korang mampu untuk mengetahui kalendar Hijrah. Jadi selepas ini kalendar Hijrah ada dalam telefon bimbit anda dan mampu membantu anda untuk mengetahui hari-hari yang penting dalam kalendar Islam.
Night mode yang menarik
Korang tak suka dengan permukaan aplikasi ini yang berwarna cerah kerana mungkin ianya menyakitkan mata anda kerana silau? Jangan risau, aplikasi ini turut memberi anda tema night mode bagi keselesaan mata pengguna. Jadi, korang boleh pilih sama ada hendak warna permukaan yang cerah ataupun gelap.
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play Store dan Apple Store untuk mendapatkan aplikasi yang memberi seribu manfaat kepada anda.