Kes penderaan kanak-kanak semakin hari semakin membimbangkan. Bukan hanya ada kes pengasuh yang mendera anak tetapi ada juga ibu bapa kandung yang mendera anak sendiri seperti tiada perasaan.
Menerusi Twitter Jurais berkongsi video seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun yang duduk keseorangan di luar rumah keluarganya. Apabila ditanya mengapa duduk diluar, kanak-kanak ini hanya mengatakan bahawa ibunya memaksa tinggal di luar rumah. Mangsa turut mendakwa didera oleh ibu bapanya.
Mak tak bagi duduk dalam rumah
Adik Ain, 14 Tahun (tak bersekolah) masalah pembelajaran.
Jam https://t.co/BGA85B4beo –
"awat tak masuk rumah"
" mak tak bagi duk dlm rumah"
Sy harap kwn2 dpt sebarkan kekejaman mak & bapak tiri adik ni. Act taktau nak tlg mcm mana. Sumpah aku nk menangis dgr story dia. ? Pls. pic.twitter.com/yqHDXJCnqD— Jurais (@juraisabdullah) July 19, 2019
Rumah siap berkunci tak bagi masuk
"mak rajin buat kami. Kalau adik buat salah, adik tuduh kami. Sebab tu mak suruh duk kat luaq. Hari hari kena duk luaq. Kadang malam malam pun kena tidoq kat luaq"#solidaritiadikain @drwanazizah @JKMHQ pic.twitter.com/4FMh61Mepf
— Jurais (@juraisabdullah) July 19, 2019
Didera mak bapak
Kena simbah air panas
Aku sumpah lemah dengan ayat dia. Kena pukul dengan buluh, kena simbah dengan air panas, kena kepik dgn playa (mak dia ingat ank tu tahanan ISA ka?) Tapi gais anak syurga nintetap hati mulia. Dengar apa dia cakap ????? pic.twitter.com/ErbxxPljOW
— Jurais (@juraisabdullah) July 19, 2019
Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, laporan telah diterima berkenaan penderaan remaja terbabit dan ibu serta abang kandung mangsa telah dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan. kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jiran mangsa membuat pendedahan di media sosial mendakwa remaja terbabit dibiarkan tidur di luar rumah.
Menurut pengguna itu, remaja berkenaan disyaki diabaikan oleh keluarganya yang keluar berniaga di luar kawasan rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kita masih menunggu pengesahan daripada pihak hospital kerana kesan kecederaan itu adalah kesan lama.
Polis masih menyiasat sejak bila mangsa dibiarkan tidur di luar rumah oleh keluarganya itu.
Sumber: Harian Metro, Jurais,