Beberapa hari lepas laman Twitter milik Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah dinyahaktifkan angkara beberapa individu meninggalkan komen negatif terhadap baginda. Namun, hari ini menyaksikan baginda sudah kembali mengaktifkan akaun Twitter @cheminahsayang dan menjelaskan keputusan menyahaktif akaun Twitter, tempoh hari.
Not because I was upset
Tweet pertama baginda selepas kembali diaktifkan ini telah mendapat perhatian ramai rakyat sehingga meraih 11.3ribu Retweet dan 16.6ribu tanda suka.
Baginda menjelaskan keputusan menyahaktif akaun Twitter bukan disebabkan sedih dengan komen dibuat netizen, sebaliknya atas sebab-sebab peribadi. Baginda turut kecewa apabila mengetahui pihak polis telah menangkap beberapa individu yang didakwa bertindak biadap terhadapnya.
Saya sedih dan marah
Tambahnya, baginda turut berasa sedih apabila mengetahui hal ini daripada anakandanya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, awal pagi tadi.
Sudah jeling
Baginda turut meninggalkan sekeping foto bersama #kembalilahcheminah daripada keratan akhbar bersama kapsyen Tweet Mak Afzan sudah jeling! Tweet ini mendapat lebih daripada 3.3ribu Retweet dan 9.9ribu tanda suka.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana Tuanku Permaisuri Agong sudah kembali aktif semula di laman Twitter sebagai inisiatif untuk lebih mendekatkan diri dengan rakyat.
Sumber: Azizah Iskandar