Orang cakap buat apa-apa pekerja perlu dengan hati yang ikhlas. Tambahan pula, apabila kita bekerja melibatkan sebagai customer service yang perlu berkomunikasi dan melayan pelanggan mestilah ceria dan sentiasa senyum. Seperti aksi pekerja di stesen pam minyak ini, rata-rata netizen terhibur dengan aksinya yang mencuit hati.
Difahamkan, individu ini akan menghiburkan setiap pelanggan dengan kemerduan suaranya dengan mendendangkan apa sahaja lagu kepada mereka yang berkunjung tiba di situ.
Kembali Merindu di pam minyak
https://www.facebook.com/ann.iswara/videos/3171066872964604/
Video berdurasi 1:30 saat ini dimuatnaik pengguna Facebook Ann Iswara menyaksikan seorang pekerja di sebuah stesen minyak bernyanyi. Rata-rata netizen menyatakan itu salah satu kaedah layanan pekerja pam minyak tersebut untuk menghiburkan pelanggan yang tiba.
Difahamkan pekerja lelaki ini bekerja di pam minyak Shell di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Netizen turut menyifatkan pekerja ini sebagai seorang yang ceria dan rajin.
Sedap suara dia
Dia rajin sampai nak tolong isikan minyak
Sumber: Ann Iswara, Qarl