Pengumuman perletakan jawatan oleh Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan sepastinya mengejutkan ramai pihak terutamanya buat golongan pendidik. Malah, ramai pihak tertanya-tanya akan mengapa Dr Maszlee meletakan jawatan secara tiba-tiba?
Menurut laporan MalaysiaKini, Dr Maszlee menegaskan bahawa dia bukan meletak jawatan atau dipecat dari jawatannya sebagai menteri pendidikan tetapi keputusan itu adalah saranan dan pandangan dari Perdana Menteri sendiri.
Tak ada orang dipecat
Jelas Dr Maszlee Malik bahawa perkara itu adalah bidang kuasa Perdana Menteri berdasarkan kebijaksanaan dan pandangan beliau.
Tak ada orang dipecat. Tak ada orang letak jawatan. Yang ada hanyalah perkara administrative iaitu kuasa perdana menteri, berdasarkan kebijaksanaan dan pandangan jauh beliau untuk melihat kelangsungan kerajaan yang kita cintai ini.
Maka Tun Dr Mahathir buat keputusan dan saya sebagai ahli parlimen kerajaan dan ahli parti menurut tanpa berbelah bagi perintah yang diberikan.
Tun memberi saya nasihat
Sewaktu menyerahkan surat perletakan jawatan (notis), Dr Maszlee tidak menyatakan sebab meletakkan jawatan tetapi hanya menyatakan bahawa dia menghormati nasihat yang diberikan Tun Dr Mahathir kepadanya.
Saya berjumpa dengan Mahathir di pejabatnya dan dia memberi saya nasihat sebagai ayahanda mengatakan bahawa saya telah melakukan pekerjaan yang luar biasa dalam 20 bulan saya sebagai menteri pendidikan.
Bagaimanapun, saya mengakui bahawa saya bukan seorang ahli politik dan tidak pernah melobi untuk jawatan dalam kabinet Dr Mahathir.
Sumber: MalaysiaKini