Jika sebelum ini seorang wartawan dari United Kingdom, Katie Morley dihentam teruk oleh netizen gara-gara meluahkan kritikan terhadap hidangan nasi lemak yang dihidangkan kepadanya oleh syarikat Penerbangan British Airways (BA). Terbaru, wanita itu meluahkan rasa jatuh cinta selepas mencuba nasi lemak yang sedap ketika berada di Malaysia.
Thank you Malaysians
Di Twitter, Katie Morley memberitahu bahawa dia sudah mencuba makanan kegemaran rakyat Malaysia itu. Tambahnya, dia turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana menyuruhnya untuk merasai dan menikmati makanan itu ketika berada di Malaysia. Rasa enak dan berbeza membuatkan nasi lemak di Malaysia jauh perbezaanya jika dibandingkan dengan nasi lemak British Airways.
We have great food
Rata-rata netizen meminta maaf kepada Katie sebaik sahaja dia memuat naik posting tersebut. Malah, mereka berharap wanita itu mencuba pelbagai jenis makanan yang ada di Malaysia.
Sumber: Katie Morley