Perkongsian terbaharu di Instagram milik penyanyi, Hafiz Suip mencuri perhatian apabila dia seakan memberi bayangan bakal menganjurkan sebuah konsert.

Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Saya Nak Anak-Anak Bangga Bila Tengok Saya Di Kaca Televisyen’ – Hafiz Suip

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Suip Harap Dapat Selesai Cara Baik, Anggap Konflik Rumah Tangga Ujian Allah SWT – ‘Moga Kami Berpisah Cara Baik’

Konsert?

Menerusi hantaran itu, Hafiz atau nama lengkap Mohd Hafiz Mohd Suip, 35, memuat naik satu foto dengan latar belakang kabur berserta satu tarikh iaitu 1 November 2025.

Tidak meletakkan sebarang kapsyen yang panjang, juara Akademi Fantasia musim ke-7 itu hanya berdoa agar urusannya menjelang ke tarikh tersebut dipermudahkan.

Semoga dipemudahkan.

Hafiz juga menggunakan salah satu lagu hits miliknya berjudul Kisah Cinta Kita sebagai muzik latar pada hantaran itu.

Walau bagaimanapun, rata-rata peminat yang singgah ke ruangan balas terus berteka-teki sama ada itu adalah bayangan mengenai konsert, showcase atau lagu baharu yang bakal dilancarkan.

Kata wargamaya, sekiranya benar pemenang tiga kali anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu itu akan menganjurkan konsert, mereka tidak sabar untuk menghadiri.

Malah, ada yang secara seloroh memberitahu sudah mula menambung demi penyanyi kesayangan mereka.

Sumber: Instagram