![[VIDEO] PU Riz Dedah Neelofa Hilang Kontrak Jutaan Ringgit Kerana Niqab – ‘Mereka Akhirnya Rayu Semula Dengan Tawaran Berganda’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/pu-riz-neelofa-q.jpg)
Bukan mudah untuk kekal istiqamah di dalam penghijrahan, namun selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa membuktikan bahawa memilih jalan Allah adalah sebaik-baik keputusan.
Artikel Berkaitan: Neelofa Enggan Ulas Lanjut Hubungan Ameera Khan & Jefri Nichol – ‘Saya Simpan Komen Untuk Diri Sendiri’
Artikel Berkaitan: ‘Allah Dah Bagi Akses Direct Tidak Perlu Tunggu Giliran’ – Perkongsian Neelofa Tentang Doa Raih Perhatian
Perkongsian Pu Riz
Menerusi perkongsian dalam sebuah majlis ilmu, pendakwah bebas dan juga suami kepada Neelofa iaitu PU Riz mendedahkan bahawa sebuah jenama besar pernah membatalkan kontrak jutaan ringgIt berikutan isterinya itu memakai niqab.
Ada sebuah syarikat besar yang berasal dari Perancis menjual produk penjagaan wajah..mereka kata, ‘Neelofa sudah pakai niqab, jadi kami perlu fikirkan semula nak ambil dia atau tidak.’
Mereka bubarkan kontrak yang nilainya jutaan ringgit.
Kalau saya projek berjuta macam ini, saya akan minta mereka sambungkan semula tapi Neelofa tidak memilih begitu.
Selepas gaya muslimah pemilik nama Noor Neelofa Binti Mohd Noor itu menjadi perhatian ramai, syarikat sama kemudian menawarkannya semula dengan kontrak yang bernilai berlipat kali ganda.
Selang beberapa tahun, bila Neelofa memakai niqab dan menonjolkan cara pemakaian yang trendy, orang pun beli dan memakai niqab juga. Ada yang mendatangi saya dalam keadaan menangis, mereka terinspirasi kerana Neelofa, lalu mereka turut memakai niqab.
Kemudian, syarikat yang buang dia datang kembali beri tawaran berkali ganda dan jutaan ringgit berbanding dengan tawaran dahulu, mereka juga meminta dan merayu Neelofa untuk menjadi duta.
Pesanan PU Riz

Dalam masa yang sama, PU Riz turut menitipkan nasihat agar setiap insan percaya bahawa mereka akan dilimpahkan dengan rezeki andai meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan.
Kita sangka, makin tutup aurat, makin orang menjauh..kita sangka kita makin dekat dengan Allah, manusia tak akan menyukai kita.
Tetapi percayalah apabila tuhan berada di hati kita, tuhan akan membimbing setiap langkah kita.
Bukan sahaja manusia tetapi setiap makhluk akan menyukai kita tanpa kita paksa.
Pesan saya, jangan takut untuk bawa agama sebagai cara hidup kita. Yang memberi kejayaan, yang menentu kita hebat dan menjaga langkah kita bukanlah diri sendiri tetapi Allah SWT.
Kalau sedih, dihujung nanti akan ada kejayaan yang diberi dan tidak disangka-sangka.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

