Baru sahaja Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham, memaklumkan bahawa 2 kes kematian telah dicatatkan pada tempoh 24 jam sebelum ini akibat Covid-19. Terbaru, menerusi Harian Metro, 2 lagi kes kematian dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS). Berikutan dengan itu jumlah kes kematian di Malaysia telah mencecah 6 orang mangsa.
2 mangsa dari keluarga yang sama
Seorang lagi ahli keluarga ini masih dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal.
Pelaporan kes kematian yang pertama akibat Covid-19 dari keluarga ini lambat diterima dari hospital swasta yang merawat kes kerana menunggu keputusan ujian makmal yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur
Menurut kenyataan JPBNS, 2 orang mangsa korban itu merupakan ibu dan anak perempuan berusia 79 dan 40 tahun dari satu keluarga yang sama. Mangsa pertama meninggal dunia pada jam 2 pagi pada Rabu lalu, manakala mangsa kedua meniggal jam 1 petang tadi. Sarawak telah merekodkan penambahan 10 lagi kes baharu menjadikan jumlah bilangan kes positif Covid-19 mencecah angka 68 kes.
Sumber: Harian Metro