Berikutan kebenaran rentas negeri selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan bahawa penambahan jumlah kenderaan bakal berlaku bermula esok. Menerusi laporan Sinar Harian, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diisytihar kerajaan bakal memberi peningkatan sebanyak 10 hingga 15 peratus jumlah kenderaan berbanding hari biasa sebelum ini.
Jumlah kenderaan bakal meningkat
Dengan kenaikan yang stabil sejak 1 Jun lalu, PLUS menjangkakan jumlah trafik akan melonjak di antara 10 hingga 15 peratus setiap hari bermula pada minggu pertama PKPP pada 12, 13 dan 14 Jun ini.
Kami sudah bersedia menghadapi pertambahan tersebut dan yakin rakyat Malaysia akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan.
Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, PKPP yang membenarkan perjalanan rentas negeri bakal menyaksikan lebih banyak kenderaan menggunakan lebuh raya PLUS. Pihaknya turut bersedia bagi menghadapi situasi tersebut dan yakin bahawa rakyat Malaysia akan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Perkhidmatan disediakan termasuk surau
Pelanggan berpeluang untuk menjamu selera di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Semua perkhidmatan food truck (kendera saji) akan turut beroperasi di R&R dan hentian sebelah terpilih mulai tarikh tersebut.
Tambahnya lagi, pengguna PLUS boleh menggunakan perkhidmatan di kawasan Rehat dan Rawat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Menerusi satu sidang media khas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan telah membenarkan pembukaan semula surau di pusat membeli belah dan RnR. Oleh itu, pengguna lebuh raya PLUS boleh menggunakan surau-surau yang disediakan di semua RnR.
Sumber: Sinar Harian