Menteri Pendidikan iaitu Dr Mohd Radzi Md Jidin menerusi kenyataannya di Dewan Rakyat berkata sesi pembukaan penggal pertama persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2021 dimuktamadkan pada hari Rabu, 20 Januari 2021.
Artikel berkaitan : Takwim Persekolahan Tahun Depan Bermula 20 Januari 2021
Terbaru, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Haji Adzman bin Talib mengeluarkan kenyataan berhubung takwim penggal dan cuti persekolahan bagi tahun 2021 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bermula 20 Januari hingga 10 Disember 2021
TAKWIM PENGGAL DAN CUTI PERSEKOLAHAN 2021 BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA pic.twitter.com/nCpxn8Ebak
— KPM (@KemPendidikan) August 18, 2020
Bagi sekolah-sekolah yang berada dalam negeri Kumpulan A, mereka akan memulakan penggal persekolahan bagi sesi tahun 2021 pada 20 Januari 2021 dan tamat pada 9 Disember 2021 manakala bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan B, penggal persekolahan bermula pada 20 Januari 2021 dan tamat pada 10 Disember 2021.
Jadual penggal persekolahan
KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2021 yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Deepavali dan Hari Krismas. Semua sekolah juga perlu mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempenan perayaan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali. Peruntukan cuti tambahan tersebut tidak perlu diganti.
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia