Tindakan seorang pemandu kereta yang menggunakan laluan motosikal serta melawan arus di Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur menerima pelbagai respon daripada netizen. Menerusi rakaman video GoPro yang diletakkan pada topi keledar penunggang motosikal, dia nyaris dilanggar kereta tersebut sebelum terbabas dan melanggar tembok batu.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Demi Nak Elak ‘Jammed’, Hampir Gadai Nyawa Orang Lain
Terkini, pemandu kenderaan yang melawang arus memasuki lorong motosikal itu telah tampil menyerah diri di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.
Pemandu serah diri
Perkembangan terkini yang dikongsikan melalui pages Info Roadblock JPJ/Polis itu melaporkan pemandu berusia 20-an berkenaan telah serah diri. Perkara ini adalah berikutan amaran yang telah dimuatnaik supaya pemandu berkenaan menyerah diri.
Siasatan dijalankan
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur iaitu Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata pemandu tersebut tampilkan diri sekitar jam 4.00 petang pada hari kejadian. Individu tersebut datang ke balai polis bagi membuat laporan berkenaan insiden tersebut. Bagaimanapun, pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan terhadap lelaki itu bagi mengetahui punca kejadian.
Dikatakan guna Waze
Setelah disiasat, pemandu yang merupakan seorang penguat kuasa itu menggunakan aplikasi navigasi iaitu Waze dikatakan menjadi punca dia memandu di lorong motosikal. Tindakan itu bagaimanapun telah menyebabkan seorang penunggang hilang kawalan lalu terlanggar tembok.
Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis, Harian Metro