Video dari dashboard sebuah kenderaan menjadi tular menyaksikan tindakan seorang lelaki terjun dari jambatan Pulau Pinang. Kejadian yang dipercayai berlaku jam 8.30 malam pada 23 Ogos lalu menyaksikan mangsa meletakkan kereta di bahu jalan sebelum bertindak terjun dari jambatan itu.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Parking, Terus Terjun! Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjun Jambatan Pulau Pinang
Setelah dua hari misi mencari dan menyelamatkan mangsa, akhirnya, mayat individu berusia 24 tahun itu ditemui.
Mayat ditemui
Sumber foto: Penang Kini
Memetik laporan Harian Metro, mayat lelaki yang ke laut di Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang telah berjaya ditemui oleh pasukan bomba di Pangkalan Raja Uda pada jam 8.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah iaitu Asisten Komisioner Shafee Abd Samad melaporkan penemuan mayat individu tersebut dan akan dibawa untuk proses bedah siasat.
Mayatnya dibawa ke Jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Gelugor untuk proses sanitasi sebelum dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Bagaimanapun, punca dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.
Sumber foto: Penang Kini
Sumber foto: Penang Kini
Sumber: Harian Metro, Penang Kini