Anak bongsu kepada pasangan selebriti, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Maria Danisha, memohon agar netizen tidak membuat andaian berhubung perkongsian yang dimuat naiknya di TikTok baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Bezakan Anak-Anak, Sayang Semua Sama Je’ – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: ‘Hati Menyimpan Segalanya, Takut Menjadi Beban’ – Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Undang Perhatian

Hantaran tak ditujukan kepada keluarga

Menerusi hantaran di Threads, Maria tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan salah faham yang boleh menjejaskan nama baik ahli keluarganya.

Ujar Maria, hantaran yang dibuatnya sebelum ini tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana individu, terutamanya ahli keluarga sendiri. 

Saya nak jelaskan sikit pasal post yang saya buat di TikTok. Post itu sebenarnya tidak ditujukan kepada sesiapa pun, terutamanya ahli keluarga saya. 

Jadi saya harap orang ramai tidak buat sebarang spekulasi tentang mereka.

Menjawab kebimbangan orang ramai yang menyangka wujud konflik dalam keluarga, Maria menjelaskan bahawa hubungannya dengan ibu bapa dan adik-beradik yang lain berada dalam keadaan baik.

Hubungan saya dengan keluarga semuanya baik-baik saja, tak ada sebarang konflik pun antara kami. 

Saya juga sangat hargai semua sokongan, komen dan mesej yang korang hantar kepada saya. 

Terima kasih banyak-banyak.

Sebelum Maria mencuri perhatian apabila berkongsi luahan hati di TikTok menyatakan perasaannya seakan tidak dihargai dipercayai selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Sumber: Threads Maria Danisha