Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha berkongsi satu pengalaman menyeramkan yang masih diingatinya sehingga hari ini apabila terdengar suara misteri dalam rakaman video miliknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Raih Perhatian, Netizen Tak Sangka Duet Dengan Awie – ‘Dia Rap Pun Sedap’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Perjelas Isu Status ‘Miss’, Nafi Dakwaan Rumah Tangga Bergolak – ‘Imam Tempah Sebagai Kejutan’

Hantu ikut menyanyi

Menerusi perkongsian dalam podcast Sembang Seram, Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 30, berkata kejadian itu berlaku ketika dia sedang merakam dirinya menyanyi sebelum secara tiba-tiba terdengar suara ‘makhluk’ lain.

Saya ada satu hobi suka rakam diri sendiri menyanyi. Masa itu saya sedang menyanyi lagu Adele, ketika itu selepas Isyak.

Selepas rakam saya menyanyi mahu lihat semula video itu dalam telefon, alangkah terkejut bila dengar ada suara ‘seseorang’ yang sambung nyanyian saya. Suara dia sama macam saya.

Menurut Hannah, pada mulanya dia menyangka mungkin tersilap dengar, namun selepas memainkan video berkenaan berulang kali, suara misteri itu masih jelas kedengaran sehingga membuatkan dirinya berasa tidak sedap hati.

Sedangkan ketika itu tiada sesiapa di rumah, hanya saya seorang sahaja. Saya dengar banyak kali, adakah tersalah dengar. Tapi berulang kali tetap ada suara ‘itu’.

Lebih mengejutkan, suara yang didengarinya itu dikatakan sangat mirip dengan suaranya sendiri sehingga sukar untuk dibezakan.

Saya jadi takut dan terus padam video tersebut. Patutnya simpan video itu dan tunjuk kepada ibu saya. Suara perempuan itu sebiji suara saya. Dia macam mimik atau mengejek pun iya juga.

Sumber: TikTok