berita

‘Jangan Terlalu Mudah Menghukum Seseorang Itu Murtad’ – Dr Zulkifli

December 22nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, menjadi perbualan ramai mengenai perkahwinan seorang kapten hoki India iaitu Manpreet Singh Pawar dengan pasangan, Illi Najwa Saddique dari Malaysia yang telah mencetuskan kontroversi apabila status agama Najwa dipersoalkan. Majlis resepsi mereka telah diadakan di India dengan mengikut adat dan resam perkahwinan di negara itu.

Artikel berkaitan: Didakwa Buat Majlis Bercanggah Dengan Ajaran Islam, Illi Najwa Bakal Dipanggil Menteri Agama

Terbaru, Datuk Dr Zulkifli menerusi sebuah kenyataan media dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi respon berhubung isu perkahwinan pemain hoki itu.

Respon Dr Zulkifli

Islam menuntut umatnya untuk mengesahkan sesuatu maklumat yang diperoleh sebelum sebarang pandangan dan tangapan dibuat. Tangkap layar, rakaman video atau hantaran posting di media sosial adalah maklumat sekunder dan tertier yang ada kemungkinan sahih atau tidak.

Dalam hal ini, wanita berkenaan serta ahli keluarganya jauh lebih mengetahui situasi sebenar apa yang berlaku termasuk perkara terkait dengan status agamanya dan pasangannya.

Dr Zulkifli menasihati agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya untuk menyebarkan berita yang belum tentu lagi sahih. Sudah tentu, ahli keluarga Illi Najwa dimaklumkan perkara demikian berhubung majlis yang diadakan. Namun bagaimanapun, perkara tersebut masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa agama negeri di Johor.

Berhati-hati menangapi sebarang isu

Bagi perkahwinan Muslim yang dibuat di luar negara, permohonan perkahwinan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendafar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju’ di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di negara tersebut.

Perkahwinan ini juga hendaklah didaftarkan selepas pasangan pulang ke Malaysia. Adapun perkahwinan silang agama tidak dibenarkan dalam perundangan Malaysia.

Tambah Dr Zulkifli lagi, orang ramai perlu untuk lebih bijak dalam mengendalikan sosial media untuk tidak menyebarkan sesuatu berita yang belum lagi tahu asal usulnya. Orang ramai juga diminta untuk bersabar untuk menunggu penjelasan pihak berkuasa agama negeri berhubung status agama pasangan itu.

Sumber: Datuk Dr Zulkifli 

SKIP THIS AD ×