Pesawat komersial Sriwijaya Air terhempas di perairan Kepulauan Seribu selepas hilang dari radar. Pesawat jenis Boeing 737-500 itu membawa 6 anak kapal bersama 40 penumpang dewasa, 7 kanak-kanak dan 3 bayi disahkan meninggal dunia sejurus terhempas di lautan itu.
Artikel berkaitan: [FOTO] Cebisan Bangkai, Mayat Penumpang Sriwijaya Air Akhirnya Ditemui
Di Twitter, beberapa portal tempatan berkongsikan keratan rakaman video pesawat tersebut sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, selain video pasukan Navy Indonesia menemui serpihan pesawat berkenaan.
SJY182 sebelum hilang dari radar
CCTV captures pushback of Sriwijaya Air flight #SJY182 moments before disappearing from radar. pic.twitter.com/iaEwVVL6V4
— AvGeek4 (@AvGeek4) January 10, 2021
Twitter AvGeek4 berkongsikan rakaman momen pesawat SJY182 yang baru sahaja dalam operasi berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta sebelum hilang dari radar.
Keadaan di dasar lautan
Indonesian Navy divers locate wreckage of Sriwijaya Air flight SJ182 in the waters off Jakarta coast. https://t.co/Qjio55YPzA pic.twitter.com/70pPtV7ySI
— Breaking Aviation News & Videos (@breakingavnews) January 10, 2021
Breakingavnews turut berkongsikan video rakaman pasukan Navy Indonesia telah berjaya menemukan bingkai pesawat SJY182 di peraiaran Kepulauan Seribu. Susulan itu, mereka turut menemui barangan termasuk pakaian mangsa pesawat berkenaan.
Keluarga mangsa diambil sample DNA
Indonesian authorities have located the black boxes of the Sriwijaya Air plane that crashed into the sea soon after taking off.
Rescue officials have also found debris and body parts believed to be from the crashed jet. pic.twitter.com/SDEa7xgend
— DW News (@dwnews) January 10, 2021
Memetik laporan DWnews, pihak berkuasa Indonesia telah berjaya menemui kotak hitam (black box) pesawat SJY182 berkenaan. Kini, kesemua keluarga mangsa terlibat perlu tampil memberikan sample DNA bagi mengesahkan identiti mangsa. Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737-500 itu hilang dari radar selama kira-kira empat minit sebelum terhempas di lautan.
Memetik laporan CNN, pihak berkuasa Indonesia telah berjaya menemui beberapa jasad mangsa di periaran berkenaan. Polis Jakarta iaitu Yusri Yunus melaporkan beberapa tubuh mangsa telah ditemui dan kini dalam proses untuk dikenalpasti.
Beberapa bahagian tubuh manusia ditemui dan kami telah membawanya ke hospital polis untuk dikenalpasti. Kami percaya barangan milik penumpang juga ditemui.
Sumber: Twitter