Umum mengetahui, jenazah Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi atau lebih dikenali sebagai adik Amir, telah selamat dituntut di hospital dan telah dikebumikan di Jasin, Melaka.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Maut Selepas 3 Bulan Diserahkan Kepada Keluarga Kandung, Dipercayai Didera
Artikel Berkaitan: ‘Pemergian Amir Beri Kesan Kepada Seluruh Ahli Keluarga Saya’ – Ibu Angkat
Artikel Berkaitan: ‘Binatang Punya Mak!’ – Netizen Serang FB Ibu Kandung Arwah Amir
Terbaru, ibu angkat Amir iaitu Norlida Abu Hassan, menawarkan laksa sarang percuma kepada semua netizen sebagai jamuan tahlil anaknya itu.
Terima kasih netizen
Terima kasih pada warga netizen, Umi gembira sangat, jadi Umi nak jemput kalau Umi sudah balik sana (Rawang, Selangor) jemputlah datang ke rumah Umi. Siapa datang rumah Umi, dapat makan laksa sarang. Umi nak buat macam ini, Umi nak guna sikit sumbangan yang diberikan oleh orang ramai untuk arwah Amir (mangsa), satu hari Umi nak buat, sesiapa pun boleh pergi (datang ke rumah) makan free. Terima kepada semua warga netizen yang memberi sokongan kepada Umi, keluarga Umi, anak-anak, sepanjang tiga hari ini.
Menerusi Instagram Tuhfah Nazira, Norlida telah menyertakan alamat kediamannya di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor. Tambahnya, dia ingin menjemput semua orang datang ke rumahnya untuk makan laksa sarang. Ujarnya lagi, dia akan menggunakan sedikit wang sumbangan yang diberikan oleh orang ramai buat arwah.
Punca pendapatan membesarkan arwah
View this post on Instagram
Laksa sarang ini juga merupakan makanan kegemaran Amir, Umi berniaga depan rumah sahaja. Umi besarkan Amir, bagikan kemudahan apa semua pun (guna) hasil jual laksa.
Jelasnya lagi, usaha untuk menyediakan juadah itu akan bermula pada minggu hadapan. Bukannya sehari dua ini. Bercerita lanjut, Norlida memberitahu dia sememangnya menjalankan perniagaan laksa. Hasil pendapatan daripada perniagaan itu, dia dapat membesarkan arwah Amir.
Video siaran langsung yang berdurasi lebih kurang 50 minit itu, dipercayai ditonton lebih 10 ribu orang. Norlida turut mengambil kesempatan mengajak warga netizen menyedekahkan Al-Fatihah, bukan sahaja untuk anak syurganya itu, namun bagi mendoakan ketenangan buat dirinya dan keluarga.
Sumber: Tuhfah Nazira