Pelakon, Intan Ladyana selamat menjadi isteri kepada pengacara dan penyanyi, Harris Alif hari ini. Majlis yang diadakan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur itu hanya diadakan secara tertutup serta dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Artikel berkaitan: Persiapan Kebanyakannya Sudah Siap..’- Intan Ladyana & Harris Alif Bakal Bernikah Esok
Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Tayang Cincin Di Instagram, Harris Alif Lamar Intan Ladyana?
Kami daripada Team OHBULAN! ingin mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut dan semoga hubungan mereka berkekalan buat selamanya.
Sah suami isteri
View this post on Instagram
Semua yang terjadi ada hikmahnya. Kami memang teringin nak buat wedding macam itu ini. Tapi, kami redha sahaja. Yang saya harapkan perjalanan selepas perkahwinan ini.
Menurut Harris, semua perancangan yang dirancang tidak menjadi ekoran situasi semasa iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, dia percaya bahawa apa yang berlaku mempunyai hikmah. Tambahnya, mereka berdua redha dan mengharapkan perjalanan selepas perkahwinan ini menjadi lebih baik hingga selamanya. Rata-rata rakan artis dan portal hiburan mengucapkan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan buat merek berdua.
Sumber: Melodi