Penyanyi, Ernie Zakri sempat menerima bunga daripada tunangnya iaitu Syamel, sebelum melakukan persembahan di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL35) semalam.
Artikel berkaitan:Saya Dah Cuba Buat Yang Terbaik, Maaf’ – Nabila Razali
Artikel berkaitan:Baju Disamakan Dengan Ikan Laga? Ini ‘Mesej’ Sebenar Yang Aina Abdul Cuba Sampaikan
Artikel berkaitan:2 Kali ‘Terbabas’, Nyanyian Nabila Razali Di AJL35 Paling Teruk?
Menerusi Instagram Syamel, dia kelihatan membawa sejambak bunga dan menyerahkan sendiri kepada Ernie. So sweet!
Keikhlasan yang sangat dirasai
Alhamdulillah! Tahniah! You did it! Saya bangga dengan awak. Keikhlasan yang sangat dirasai. We love you so much Kak Ninie. Dan sekalung tahniah pada semua pemenang dan finalist. Kamu semua telah melakukan yang terbaik. Semoga kita diberi semangat untuk terus mewarnai industri muzik kita. Semoga Allah merahmati kamu semua.
Di Instagram, Syamel meluahkan perasaan gembira kerana tunangnya berjaya meraih Anugerah Vokal Terbaik sempena AJL35 tahun ini. Menurut Syamel, keikhlasan dalam nyanyian Ernie sangat dirasai. Dikesempatan yang ada juga, Syamel memberi ucapan tahniah kepada semua finalis yang berentap semalam.
Beri kata-kata semangat
View this post on Instagram
Dear Ernie, betapa bangga dan gembiranya hati ini dapat menyaksikan dan menantikan keberadaan Kak Ninie di atas pentas yang penuh gemilang malam ini. Ceritakan setiap inci isi “Gundah” pada semua. Apabila setiap bait2 lirik yang ditulis dan alunan melodi yang digubah berpaksikan wajah arwah atok dan nenek yang amat dikasihi.
Terdahulu, Syamel telah menghantar sejambak bunga dan memberi pesanan khas buat Ernie agar dia menyanyikan lagu ‘Gundah’ itu dengan penuh emosi. Tambahnya, dia percaya bahawa ramai orang akan merasai kesakitan dan kesedihan yang ingin disampaikan. Syamel turut mendoakan urusan Ernie pada malam akhir AJL35 itu dipermudahkan oleh Allah.
Sumber: Syamel