Pernikahan di antara Noor Nabila dan Engku Emran mendapat perhatian netizen hari ini. Tidak ketinggalkan juga bekas suami kepada Noor Nabila iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut memuat naik video menjawab dan memberi respon kepada pernikahan bekas isterinya itu.
Artikel berkaitan: Noor Nabila, Engku Emran Tak Mahu Buat Majlis Besar-Besaran
Artikel berkaitan: ‘Jaga Jebat Elok-Elok Na’ -Sharnaaz Ahmad
Di Instagram, kelihatan Neelofa dan teman baik Noor Nabila iaitu Rosix turut memuat naik ucapan istimewa kepada pasangan pengantin baru ini.
‘Terima kasih semua’
View this post on Instagram
Sharnaaz memuat naik sebuah video di laman Instagram mengucapkan selamat pengantin baru kepada Noor Nabila dan Engku Emran. Dia juga berpesan kepada Noor Nabila untuk menjaga anak mereka sebaiknya.
Untuk menjawab segala pertanyaan wartawan, Nabila berhak untuk mencari kebahagiaan dia sendiri. Dia pun muda. Bagi saya untuk dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran adalah benda yang sangat baik. Saya sebagai bekas suami kepada Nabila mengucapkan selamat penganti baru. Semoga berbahagia sampai ke anak cucu. Jaga Jebat elok-elok lah.
Ucapan Neelofa buat kakaknya
View this post on Instagram
Sementara itu, kakak kepada Noor Nabila iaitu Neelofa juga memberi ucapan buat pasangan pengantin baru itu.
Ucapan dari teman rapat
View this post on Instagram
Teman rapat Noor Nabila iaitu Rosix Omar turut mendedikasikan ucapan khas buat pasangan ini. Dia turut mendoakan agar pasangan ini berbahagia hingga ke akhir hayat.
Sumber: Sharnaaz Ahmad