Foto: Neelofa
Akhir-akhir ini, nama usahawan dan pengacara terkenal Noor Neelofa menjadi perhatian ramai setelah selamat sah menjadi isteri kepada seorang pendakwah bebas, Harris. Tidak berakhir di situ, perkongsian Neelofa di Langkawi juga turut mengundang kecaman daripada netizen apabila dia didakwa rentas negeri tanpa kebenaran. Namun, dakwaan tersebut telah disangkal kerana dia berada di sana atas faktor kerja.
Artikel Berkaitan: Tahniah! Neelofa, PU Riz Sah Suami Isteri
Artikel Berkaitan: Pilih Tema ‘Putih’ Sempena Hari Bahagia, Ini Foto Sekitar Majlis Pernikahan Neelofa & PU Riz
Artikel Berkaitan: Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Nikah Neelofa
Terbaru, lapor Utusan Malaysia, Neelofa menjadi salah seorang daripada 14 tokoh wanita Kelantan yang menerima anugerah khas bersempena dengan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021 anjuran kerajaan negeri.
Berjaya menang Anugerah Khas
Foto: Neelofa
Bagaimanapun, majlis pengiktirafan kerajaan negeri Kelantan tidak dihadiri oleh Neelofa sendiri, kerana masih berada di Langkawi. Bahkan, ketika namanya disebut tiada ahli keluarga atau individu yang tampil mewakili dirinya bagi menerima anugerah tersebut.
Difahamkan, Neelofa telah menerima Anugerah Sayyidina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Pempengaruh Mega atau influencer. Bagaimanapun, pihak penganjur menjelaskan Neelofa tidak dapat hadir tersebut, dan tiada sebarang respon diberikan oleh pihaknya bagi menamakan individu yang bakal mewakilinya untuk menerima anugerah itu.
Terdahulu, Neelofa dan Pu Riz selamat disatukan dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka ibu kota.