berita

YouTuber Popular Indonesia Atta Halilintar Selamat Nikah, Presiden Jokowi Jadi Saksi

April 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, Youtuber terkenal Indonesia iaitu Atta Halilintar pernah mencuri perhatian ramai apabila dia melamar kekasihnya Aurel Hermansyah menerusi tayangan stesen televisyen nasional RCTI.

Artikel berkaitan: Kementerian Penyiaran Indonesia Tegur Stesen TV Tayang ‘Live’ YouTuber Terkenal Lamar Kekasih

Terbaru, menerusi laporan Detik Hot, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah telah sah bernikah di sebuah sebuah Hotel Raffles, Jakarta Selatan.

Turut dihadiri Presiden Indonesia

Pasangan pengantin baharu ini telah sah bergelar suami isteri pada jam 1.00 petang waktu tempatan. Majlis tersebut turut kelihatan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Krisdayanti mengiringi Atta Halilintar ke pelamin pernikahan. Aurel Hermansyah menerima mas kahwin berbentuk persiapan alat solat dan wang sebanyak Rp 342.021.

Malah, pernikahan ini turut dihadiri oleh Presiden Jokowi dan Menteri Pertahanan iaitu Prabowo Subianto. Dua tokoh ini turut menjadi saksi kepada acara pernikahan Youtuber terkenal Indonesia itu.

Suasana acara akad nikah

Di YouTube RCTI turut menjadi medium utama bagi merakam detik bersejarah itu. RCTI turut membuat liputan mengenai acara akad nikah pasangan pengantin itu, selain berkongsikan konsep dekorasi dewan dan rekaan busana pengantin dari pereka fesyen.

Sumber: Detik Hot, RCTI

SKIP THIS AD ×