Foto: Tangkap layar video
Berpisah dengan ahli keluarga sendiri merupakan salah satu momen yang sukar untuk diterima dan mengambil masa untuk mengadaptasi persekitaran baharu itu tanpa kehadiran keluarga di sisi. Bagaimanapun, atas beberapa faktor seseorang itu perlu membuat pengorbanan besar dan ‘terpaksa’ meninggalkan ahli keluarganya sendiri.
Artikel Berkaitan: Lagi Sedih Dari Drama Korea!’ – Setahun Terpisah Kerana Covid-19, Video Pertemuan Anak & Ayah Ini Undang Sebak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Sebak Dengar Ucapan Hari Jadi Daripada Anak-Anak, Tak Dapat Nak Balik Kampung Lagi…
Sekian lama berpisah
Foto: Tangkap layar video
Seperti video seorang lelaki dikenali sebagai Shahrul Afiq di laman TikTok, berkongsi satu video sedih yang berjaya membuatkan rata-rata warganet berasa sebak melihat video tersebut. Menerusi video tersebut memaparkan adik lelakinya yang dikenali sebagai Acik yang membuat kejutan kepada kedua ibu bapa mereka setelah tujuh bulan tidak pulang ke rumah. Difahamkan, adiknya berkhidmat sebagai salah seorang anggota badan beruniform.
Alhamdulillah menjadi juga surprise kepulangan adikku untuk ke dua ibu bapa kami.
Alhamdulillah setelah 7 bulan terpisah, dengan keluarga hanya Allah je tahu perasaan ibu bapa kami. Terima kasih acik kerana banggakan ayah dengan emak.
Jika dilihat reaksi kedua-dua ibu bapanya ketika itu begitu sebak menahan rindu dan terus memeluk dan mencium anaknya setelah memendam rindu yang begitu lama. Pada masa yang sama, lelaki ini turut mengucapkan terima kasih kepada adiknya yang berjaya membuatkan ahli keluarganya berasa bangga dengan pencapaiannya.
Tidak berakhir di situ, menerusi satu video yang lain lelaki ini turut berkongsi rakaman panggilan video semasa hari adiknya menamatkan latihan sebagai pegawai polis. Namun, mereka ketika itu tidak dapat ke sana dan hanya mampu meraikan dari jauh sahaja.
Video penuh:
@sharulafiqAlhamdulillah?? menjadi jugak surprise kepulangan adik ku untuk ke dua ibu bapa kami? #fyp #fyp? #foryou #explore fyp please kawan” semua?? Ayah – Seventeen
@sharulafiqKami semua sedih sbb dpt hadir tamat latihan kau cik? kami sekeluarga doakan kauu cik ? ##fyp? ##foryou ##explore ##foryoupage? original sound – Hafiz Mahamad
Sedihnya!
Sumber: Shahrul Afiq