Foto: Mohamad Haniff Azizan
Tidak dinafikan kehilangan orang yang kita sayang merupakan momen sukar untuk diterima. Namun, sebagai hambaNya kita terpaksa akur dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Itulah situasi yang dialami seorang suami dikenali sebagai Mohamad Haniff Azizan yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta pada bulan yang penuh istimewa ini. Kisah yang cukup meruntun hati ini, diceritakan menerusi satu posting di laman Facebook.
Al-Fatihah
Foto: Mohamad Haniff Azizan
Menerusi posting tersebut, lelaki dikenali sebagai Haniff Azizan menceritakan tentang peribadi arwah isterinya yang disifatkan seorang isteri solehah dan cekal dengan ujian-ujian dihadapinya. Pada masa yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada individu-individu yang tidak putus-putus mengirim doa semasa arwah isterinya sedang sakit. Apa yang lebih meruntun hati, apabila lelaki ini menceritakan mereka baru sahaja berkahwin empat bulan yang lepas namun, dia terpaksa akur dengan apa yang telah terjadi.
Alhamdulillah selesai pengebumian arwah isteri tercinta Aida Afiqah. Tadi dia cantik sangat dengan telekung putih bersih, Orang reda dia cuma tak bersedia cemburu tengok Allah pilih dia di bulan Ramadan, semoga syurga tempat awak sayang, tamat segala penderitaan dan kesakitan dia selama ini.
Dia seorang isteri yang sangat hebat, untung orang jadi suami dia nanti orang menyusul nahh, doakan supaya orang, mak abah mak ayah adik kakak kuat untuk hari-hari mendatang.
Alami sesak nafas
Foto: Mohamad Haniff Azizan
Difahamkan, menerusi satu posting yang lain arwah isterinya sebelum ini telah dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam berikutan mengalami sesak nafas.
Doktor cakap kemungkinan besar jangkitan kuman di paru paru atau sel kanser tu dah merebak ke paru paru, mohon jasa baik anda semua mendoakan isteri saya ya.. jasa baik budi anda hanya Allah dapat membalasnya dengan kebaikan
Bercinta 5 Tahun, Nikah 4 Bulan Lebih. Terima kasih ya Allah untuk bidadari syurga yang Engkau hadirkan dalam hidupku walaupun untuk sementara waktu , Moga nanti di sana berjumpa semula.
Sumber: Mohamad Haniff Azizan