Sekadar gambar hiasan
Sehingga semalam, kes Covid-19 di negara kita mencatatkan sebanyak 505,000 kes dan merekodkan sebanyak 2,199 kematian. Jika dilihat angka tersebut merupakan angka yang besar dan menjadi ancaman kepada semua pihak terutamanya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Artikel Berkaitan: Katil Terhad, Pesakit Kronik Tiada Harapan Sembuh Tidak Akan Dihantar Ke ICU
Artikel Berkaitan: Laporan Majalah 3 Tentang Covid-19 Terima Pujian, Harap Ramai Yang ‘Insaf’ & Jaga SOP Lepas Tengok
Artikel Berkaitan: Jumlah Kematian Meningkat, KKM Guna Kontena Tambahan Tampung Mayat Pesakit Covid-19
Apa yang lebih merisaukan, apabila virus ini boleh mengancam nyawa tanpa mengambil kira umur dan tahap kesihatan seseorang itu. Seperti kisah seorang Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran menceritakan kehilangan insan tersayang iaitu kedua ibu bapa dan adiknya yang meninggal dunia berikutan virus Covid-19 ini.
Potret gambar terakhir
Foto: Harian Metro
Difahamkan, keluarga ini sempat mengambil potret keluarga bersama ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Difahamkan, kedua-dua ibu bapanya yang dikenali sebagai Amran Sadon, Hasminah Parmin, meninggal dunia Jumaat lalu ketika menerima rawatan di Hospital Cancelor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras.
Manakala, adik lelakinya dikenali sebagai Muhammad Luqman Idham Amran, baru sahaja meninggal dunia 6 pagi semalam, ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Apa yang lebih meruntun hati, apabila dia (Hawana) menceritakan kedua-dua ibu bapanya tidak sempat meninggalkan sebarang pesanan kepada dirinya selepas dikejarkan ke hospital.
Sepanjang Ramadan lalu mereka ada mengerjakan solat tarawih di surau berhampiran rumah kami di Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi dan kemungkinan mendapat jangkitan daripada situ.
‘Tak sangka adik pula yang pergi’
Sekadar gambar hiasan
Berbicara lebih lanjut, gadis ini menceritakan ibunya telah dikejarkan ke HCTM Khamis yang lalu, berikutan keadaanya yang semakin ‘tenat’ ketika itu.
Namun, apabila saya memberitahu arwah ayah, emak semakin kritikal, tiba-tiba ayah mengadu sesak nafas sebelum kami menghubungi ambulans dan dia dihantar ke hospital sama pada sebelah malam.
Mereka gagal diselamatkan dan meninggal dunia keesokannya dan yang ralatnya, mereka tidak sempat meninggal apa-apa pesanan buat saya.
Pada masa yang sama, dia menjelaskan adiknya yang sedang mendapatkan rawatan berasa hilang semangat selepas mengetahui kedua ibu bapanya sudah dijemput Ilahi.
Namun tidak sangka hari ini adik pula pergi meninggalkan kami. Saya bersama anak buah, adik ipar juga perlu menjalani kuarantin sehingga 30 Mei ini selepas menjalani ujian calitan jam 10 pagi tadi.
Sumber: Harian Metro