Pengacara Ain Edruce selamat melahirkan cahaya mata sulung perempuan pada 19 Mei lalu di sebuah hospital swasta di Selangor. Ain dan suaminya, Amirul Hafiz sempat berkongsi video menceritakan pengalaman sebelum dan sepanjang berada di bilik bersalin selama berbelas-belas jam.
Artikel berkaitan: Ain Edruce Selamat Lahirkan Anak Sulung. Sempat Lagi Buat TikTok!
Pasangan ini turut mendedahkan wajah bayi dan mengumumkan nama puteri mereka kepada penonton di laman YouTube.
Dedah wajah dan nama anak
Di dalam content YouTube Ain Edruce kali ini sangat istimewa kerana Ain dan Amirul menjawab semua pertanyaan daripada pengikut mereka di Instagram termasuklah memberitahu nama anak mereka. Nama puteri sulung pasangan ini ialah Soraya Binti Muhammad Amirul Hafiz yang membawa maksud ‘cantik’.
Selain itu, Ain turut mendedahkan beberapa keping wajah anaknya secara umum di penghujung video tersebut. Comel betul Soraya!
Vlog Ain dan Amirul
Sumber: Ain Edruce