Penyanyi terkenal Siti Sarah, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.13 pagi tadi di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaaan Malaysia UKM.
Artikel Berkaitan: Nadir Al-Nuri Dedah Siti Sarah Buat Korban Seekor Lembu, Kerap Tanya Khabar Saudara Palestin
Artikel Berkaitan: Siti Sarah Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Shuib Gagal Tahan Air Mata, Oksigen Siti Sarah Turun 40
Rakyat Malaysia berduka
Berita pemergian Siti Sarah ternyata bukan sahaja menyentuh hati golongan selebriti malah seluruh rakyat Malaysia.
Hasil pemerhatian OhBulan!, nama Siti Sarah, suaminya, Shuib, dan lagu Kesetiaan trending di laman Twitter.
Rata-rata pengguna meluahkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian ibu kepada empat orang anak itu.
Ada antaranya yang berharap agar kisah ini dapat membuka mata individu yang masih tidak percaya dengan virus merbahaya, Covid-19.
Rakam video dengan orang tersayang
Selain itu, ruangan media sosial dipenuhi dengan rakaman video Sarah dan Shuib yang dikongsikan semula oleh warganet.
Ramai yang mengingatkan untuk merakam setiap momen bersama orang tersayang supaya dapat dijadikan kenangan paling bernilai dalam kehidupan.
Terdahulu, Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat.
Pada hari sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin namun semalam Shuib memberitahu keadaan Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.
Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sumber: Twitter @ameerfird9us, @KimchiLia_, @meeniechan, @tylaazhariie, @muhdnajib103, @bewithviolet, @piscestwinss, @myraazhr_, @dnaalias