Foto: Tangkap layar video
Tak order pun tahu-tahu sampai! Bagaikan mimpi ngeri buat seorang ibu apabila ‘terpaksa’ membayar minuman yang ditempah oleh anaknya menerusi satu aplikasi yang berada dalam telefon bimbitnya. Aduh buat hal lah dik!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bagi Alasan ‘Terpaksa’ Keluar Sebab Nak Ambil Kucing, Ibu Geli Hati Tengok Gelagat Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bomba Terpaksa ‘Gergaji’ Mesin Basuh Selamatkan Kanak-Kanak Tersekat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Telefon Hilang Lebih 3 Hari, Rupa-Rupanya Dah Keras Dalam Peti Ais. Bila Ditanya…
RM 150 terbang
Foto: Tangkap layar video
Seperti video dikongsi seorang guru dikenali sebagai Cikgu Lala, di laman TikTok, menceritakan nasibnya yang perlu membayar hampir RM150 berikutan pesanan yang dibuat oleh anaknya. Ujar wanita ini, pada mulanya dia ‘terkejut’ apabila datang seorang penghantar makanan yang membawa 17 cawan minuman yang ditempah oleh anaknya yang dikenali sebagai Afi.
Ya Allah cubalah korang tengok Afi order Coolblog 17 cup. Terkejut Lala tiba-tiba je Foodpanda datang hantar Coolblog. RM 147, Ya Allah rasa macam nak pengsan. Afi punya kerja .
Mengulas lebih lanjut, wanita ini menceritakan anaknya yang berusia tujuh tahun gemar minum air jenis boba dan dia menjadikan kejadian tersebut sebagai pengajaran buat dirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan apa yang telah terjadi dan sempat berkongsikan pengalaman yang sama dialami oleh mereka.
Video penuh:
Respon netizen
Sumber: Cikgu Lala