berita

[VIDEO] Bagi Alasan ‘Terpaksa’ Keluar Sebab Nak Ambil Kucing, Ibu Geli Hati Tengok Gelagat Anak

August 27th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Kreatif dan bijak! Itulah perkataan yang sesuai digunakan kepada kanak-kanak kecil ini yang berjaya keluar dari rumahnya walaupun pintu pagar telah dikunci oleh ibunya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bomba Terpaksa ‘Gergaji’ Mesin Basuh Selamatkan Kanak-Kanak Tersekat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Telefon Hilang Lebih 3 Hari, Rupa-Rupanya Dah Keras Dalam Peti Ais. Bila Ditanya…

Artikel Berkaitan: Jari Kanak-Kanak Terputus, ‘Tersangkut’ Di Pintu Besi Masa Main Panjat-Panjat

Perkongsian video tersebut bagaimanapun, berjaya menghiburkan warganet dan mereka turut kagum dengan skill survivor kanak-kanak ini.

Idea kreatif nak keluar rumah

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video yang dikongsi seorang wanita di laman TikTok, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang membawa masuk kucingnya yang berada di luar rumah. Pada mulanya, si ibu kebingungan bagaimana anak lelakinya itu boleh keluar sedangkan pintu pagar telah berkunci dan dia turut menunjukkan bukti kepada orang ramai.

Bagi mendapatkan jawapan tersebut, si ibu meminta anaknya untuk masuk semula ke dalam rumah. Kanak-kanak itu pada mulanya, mencuba beberapa kali untuk masuk melalui ruang-ruang kecil yang berada pada pagar tersebut sebelum berjaya masuk ke dalam rumah seperti biasa.

Kau keluar macam mana, masuk balik. Masuk, kau keluar macam tu eh ibu kunci ni.

Ujar wanita ini lagi, anaknya sempat memberikan alasan untuk keluar bagi mengambil kucing yang berada di luar rumah. Aduh buat hal lah adik!

Alasannya ambil kucing. Buat hal awak pipi pau.

Video tersebut kini, telah memperoleh hampir 100k tanda suka dan ratusan komen daripada netizen yang terhibur dengan aksi kanak-kanak ini.

Video penuh:

@susukemasAlasannya ambil kucing ? Buat hal awk pipi pau? bunyi asal – Home_Spa_Citot

Panjang akal budak ni!

Sumber: Susukemas

SKIP THIS AD ×