Foto: Foodal
Gara-gara dipercayai makan lebih daripada sepotong kek semasa majlis perkahwinan, seorang tetamu mendakwa dia perlu membayar sebanyak Rs 366 (anggaran RM21.00) kepada pihak pengantin. Kisah ini dikongsikan seorang tetamu yang tidak mahu mendedahkan identitnya menerusi platfom Reddit (sosial media untuk berkongsi minat yang sama)
Artikel Berkaitan: Tak Diberi Makan Semasa Majlis Perkahwinan, ‘Photographer’ Balas Dendam Padam Gambar Depan Pengantin
Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…
Artikel Berkaitan: Punya Takut Suami Marah Bayar Caj COD, Wanita Gigih Kira Kos Peniaga Sampai Guna Excel!
Makan kek lebih punya pasal
Foto: India.com
Tetamu majlis perkahwinan tersebut yang dipercayai berasal dari United Kingdom (UK) terkejut apabila dia menerima satu pesanan menerusi aplikasi WhatsApps selepas beberapa hari majlis tersebut berlangsung.
Difahamkan, pasangan pengantin tersebut bertindak melihat rakaman litar kamera tertutup (CCTV) dan mendapati tetamu berkenaan makan lebih daripada sepotong kek perkahwinan mereka. Susulan daripada itu, pasangan ini menghantar mesej kepada tetamunya dan meminta dia untuk membayar kek yang dimakannya.
Hey, jadi kami tengok CCTV dan nampak kamu makan dua potong kek. Kami dah beritahu setiap tetamu yang hadir perlu bayar kek yang mereka bayar. Kami dapati kamu hanya bayar bagi sepotong kek sahaja, tolong bayar Rs 366 (anggaran RM21.00) dengan segera.
Sumber: India.com