Pelakon cantik, Tiz Zaqyah menerusi satu hantaran di laman Facebook, tampil memberikan nasihat kepada orang ramai supaya mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Ambiklah vaksin tu
Ujar pemilik nama Siti Zaqyah Abdul Razak, suntikan vaksin yang diberikan secara tidak langsung dapat memberikan ‘kebaikan’ kepada seseorang itu.
Manusia manusia, pasal kebaikan pun nak gaduh. Ego, bongkak. Semua orang dah vaksin, kamu je belum.
Mengulas lebih lanjut, pelakon Nur Kasih ini juga turut mempersoalkan rakan-rakannya yang masih tidak mahu mengambil suntikan vaksin yang diberikan secara percuma oleh pihak kerajaan. Namun, tidak dapat dipastikan ‘peringatan’ mesra itu ditujukan kepada siapa.
Kamu lawan lawan lawan, sedangkan kami semua nak menang bersama. Ye, termasuk kawan-kawan aku yang tak nak vaksin. Kenapa sampai macam ni? Apa yang kau lawan sebenarnya?
Respon netizen
Menerusi ruangan komen, seorang netizen tampil meluahkan rasa kecewa apabila dia dipercayai masih belum mendapat suntikan vaksin walaupun sudah mendaftarkan diri sejak April yang lalu.
Dah daftar dari bulan April lagi tak panggil-panggil vaksin. Now nak salahkan siapa, macam b*d*h tunggu tarikh dekat MySejahtera.
Susulan daripada itu, Tiz Zaqyah tampil memberikan respon kepada individu berkenaan dan memberikan solusi terhadap permasalahan tersebut.
Kau yang taknak usaha, aku siap kena Covid. Tunggu 3 bulan nak ambil vaskin. Alhamdulillah, aku dah settle. Kalau tak tahu bertanya, bukan komen dekat sini dik oi.
Sumber: Tiz Zaqyah