Sekadar gambar hiasan
Tidak dapat dibayangkan betapa hancurnya hati sebuah pasangan apabila mengetahui perkahwinan mereka tidak sah di sisi syarak dan terpaksa dibubarkan. Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini telah dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Tok Kadi Hipster.
Artikel Berkaitan: Wanita Menyesal Rampas Suami Orang, Ingatkan Kaya Rupa-Rupanya Kereta & Rumah Isteri Pertama Punya
Artikel Berkaitan: Tak Daftar Nikah Sebab Arwah Suami Bagi Alasan Nak ‘Rahsiakan’, Wanita Hiba Anak Tak Dapat Harta Pusaka
Artikel Berkaitan: Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk
30 tahun mendirikan rumah tangga
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini menceritakan sudah mendirikan rumah tangga selama 30 tahun. Bagaimanapun, atas sebab kisah ‘silam’ kedua ibu bapanya pernikahan tersebut terpaksa dibubarkan.
Mak ayah saya nikah pada April 1976. Saya lahir Julai 1976. 3 bulan saja mereka nikah saya lahir.
Ogos 1991 saya nikah berwalikan bapa.
Perkara ini hanya diketahui selepas mereka dalam proses untuk menunaikan ibadah Umrah dan dijadualkan berlepas pada minggu hadapan. Ujar pasangan ini lagi, mereka sebelum ini telah mengesyaki terdapat sesuatu yang tidak ‘kena’ dalam perhubungan tersebut.
Allahuakbar macam mana boleh jadi sebegini. Nikah tak sah ini. Ikut perkiraan tu bapa tidak boleh mewalikan pernikahan puan. Sekarang ini puan perlu ke mahkamah untuk bubarkan pernikahan. Kemudian mohon semula pernikahan menggunakan wali hakim.
Patut lah rumah kami ‘panas’ ja ustaz. Ada benda tak betul rupanya.
Video penuh:
@tokadi_hipsterSelama 30 tahun bernikah & mendirikan rumahtangga, harini terpaksa dibubarkan.? Astaghfirullah (Istighfar) – Opick
Allahu….
Sumber: Tok Kadi Hipster