Sekadar gambar hiasan
Lazimnya, para pelajar di universiti perlu menjalani latihan industri (internship) selama beberapa bulan sebelum bergraduasi. Sepanjang tempoh tersebut para pelajar akan dinilai oleh penasihat industri dan proses tersebut merupakan persediaan awal bagi mereka sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan.
Artikel Berkaitan: Bayar RM30k Ambil Kos Pelancongan, Gadis Akur Intern Kena Jaga Parkir Bawah Terik Matahari
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Bagi Alasan’ – Lagi Kes Pensyarah ‘Sombong’, Berkeras Minta Pelajar Hantar Tugasan Walaupun Banjir
Artikel Berkaitan: Minta Kelonggaran Jawab Ujian Sebab Rumah Banjir, Jawapan Pensyarah Ini Buat Pelajar Kecewa
Walaupun hanya bergelar sebagai pelajar latihan industri kehadiran mereka sangat dialu-alukan dan turut menerima elaun pada setiap bulan.
Kerja luar bidang
Menerusi perkongsian seorang pelajar dikenali sebagai Haikal di laman TikTok, mendakwa dia perlu menjadi tukang cuci (cleaner) ketika tempoh menjalani praktikal di sebuah syarikat walaupun pada asalnya dia mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal.
Jurusan Mechanical Engineering tapi intern jadi cleaner.
Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini menceritakan dia menerima elaun sebanyak RM300 bagi sebulan dan telah pun menceritakan nasib yang diterima mereka kepada pensyarahnya.
Video yang dikongsi dapat dilihat dia dan rakan-rakannya berada di hadapan deretan tong sampah yang dikatakan berbau busuk.
Pensyarah pun suruh hadap je.
Bau dah lah macam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berkongsi pengalaman mereka ketika menjalani tempoh praktikal dan kebanyakan mereka ditugaskan kerja luar daripada bidang asal.
Video penuh:
Respon netizen
Sumber: Haikal