Sekadar gambar hiasan
Perkongsian beberapa tangkap layar perbualan seorang murid darjah dua oleh seorang guru dikenali sebagai Suziana Basa di laman Facebook miliknya menarik perhatian pengguna aplikasi tersebut.
Walaupun baru sahaja berumur 8 tahun, perbualan mesej tersebut yang menyentuh beberapa topik sensitif dianggap keterlaluan dan tidak mencerminkan usianya. Kalau tengok pun takut!
Artikel Berkaitan: Anak-Anak Ketagih YouTube & Gajet 24 Jam? Ini Tips Kawal Ketagihan Melampau Dikongsi Ibu Bapa Prihatin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menangis Tak Nak Main Telefon Lagi Lepas Tengok Mata Lebam
Telefon bimbit murid darjah 2
Foto: Suziana Basa
Menerusi tangkap layar itu, murid yang membahasakan dirinya sebagai ‘bi’ dan ‘baby’ itu berbual mesra tentang perkenalan dan percintaan mereka. Difahamkan, murid ini dikatakan tidak ‘aktif’ semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berlangsung namun, watak tersebut bertukar menerusi aplikasi WhatsApp.
Penangkapan handphone budak darjah 2 hari ini terus membuka mata sendiri untuk check handphone anak sendiri. Seram pula tengok budak darjah dua sekarang.
Ni antara budak yang sunyi masa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) . Tapi rancak pula di group WhatsApp single dan taken.
Pada masa yang sama, guru ini sempat memberikan pesanan kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berwaspada dan memerhati setiap gerak-geri anak sendiri.
‘Sangat sedih dengan apa yang terjadi’
Foto: Suziana Basa
Mengulas lebih lanjut, guru ini menceritakan dia sedih dengan nasib murid-murid zaman sekarang dan tujuan asal berkongsi mesej tersebut bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak.
Tujuan post ini bukanlah untuk memalukan anak tersebut tetapi semasa saya membaca semua mesej personal dan group pelajar tersebut, hati saya hancur.
Mungkin tujuan kita memberi gajet untuk anak-anak untuk memudahkan proses PDPR. Tapi kita lupa/lalai untuk terus memantau . Kadang-kadang ada yang sampai ketagih dan tidak boleh hidup tanpa handphone? Apa tindakan kita sebagai ibu bapa? Putus asa? Ya kebanyakan.
Guru ini turut akui pemberian gajet kepada anak-anak secara tidak langsung dapat memudahkan urusan ibu bapa dan setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.
Teruslah berdoa agar anak-anak kita dilindungi dari perkara-perkara yang begini. Doakan juga kita sebagai ibu bapa untuk diberikan kebijaksanaan mendidik generasi-generasi akan datang.
Sumber: Suziana Basa