Tanggal 10 Februari merupakan hari ulang tahun kelahiran selebriti popular, Noor Neelofa. Media sosial dipenuhi dengan hantaran yang ditujukan kepada Neelofa yang baru memasuki umur 33 tahun.
Antara yang menitipkan ucapan adalah ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, suami tercinta, Pencetus Ummah (PU) Riz dan adik beradik, Athisha Khan serta Ameera Khan.
Artikel Berkaitan: ‘Sempat Makan Laksa Johor & 14 Jam Layan Kontraksi’ – Neelofa Kongsi Detik Manis Sebelum Lahir Muhammad Bilal
Artikel Berkaitan: Muhammad Bilal ‘Pengarang Jantung’ Neelofa & Suami
Sepatut bersalin hari ini
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Neelofa mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Bilal sepatutnya dijadualkan lahir pada hari yang sama dengan tarikh kelahirannya.
Biarpun awal dari sepatutnya, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor percaya dengan susunan dan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik.
Ummi kepada Bilal turut berkongsi sekeping foto sonogram ujian ultrabunyi yang tertera ‘estimated date delivery’ (EDD).
Harta dunia akhirat
Dalam pada itu, isteri kepada PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail menyifatkan kehadiran Bilal dalam kehidupannya adalah hadiah paling bermakna kerana dia mendapat gelaran ibu.
Hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu. Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah swt. Harta dunia akhirat Abah dan Ummi.
Pada 31 Januari lalu, Neelofa berkongsi berita gembira yang dia selamat melahirkan anak sulung pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Sumber: Instagram @neelofa